Error message

You need to download the Colorbox plugin and extract the entire contents of the archive into the sites/all/libraries/colorbox folder of your server.

Bahagian Kejuruteraan Jentera

Direktori

OBJEKTIF

Memastikan peralatan jentera Jabatan berfungsi dengan baik, berekonomi, selamat digunakan dan kemas kini bagi memberikan perkhidmatan kebombaan yang berkesan.


MISI

Ke arah perkhidmatan penyelenggaraan yang efisyen dan berkualiti.


VISI

Untuk mencapai misi ini, kami komited untuk memberi perkhidmatan penyelenggaraan secara profesional dan unggul bagi memastikan jentera dan peralatan berfungsi dengan selamat untuk digunakan.


FUNGSI

  1. Mengurus, menyelaras dan melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikian kenderaan, jentera dan peralatan motor.

  2. Menyediakan perkhidmatan pembangunan, latihan dan kajian. Bahagian Kejuruteraan merangkumi kemudahan workshop, peralatan workshop, latihan kakitangan dan sistem penyelenggaraan pelbagai jentera dan peralatan bomba.

  3. Merangka, menyelaras dan melaksana aktiviti-aktiviti penyelenggaraan pencegahan kerosakan (preventive maintenance) bagi pelbagai kenderaan, jentera dan peralatan bomba.

  4. Memberi khidmat nasihat dan kajian teknikal dalam hal-hal pembelian kenderaan utiliti, jentera dan peralatan bomba.


PIAGAM PELANGGAN

  1. Komitmen kami adalah untuk memastikan kenderaan dan peralatan berjentera dalam keadaan selamat digunakan untuk melaksanakan perkhidmatan kebombaan yang berefisyen dan berkualiti.

  2. Kami berjanji akan bertindak tidak lewat dari satu jam setelah menerima panggilan kerosakan.

  3. Kami berjanji segala urusan pembelian alat ganti dan penyelenggaraan mengikut peraturan perbendaharaan.

  4. Kami berjanji menghantar semua bil dan invois dalam masa tiga hari ke bahagian kewangan selepas menerima dokumen yang lengkap.

  5. Kami berjanji akan mendokong perlaksanaan tanggungjawab ke arah kecemerlangan dalam menjalankan tugas kejuruteraan.

Paparan penuh untuk Piagam Pelanggan sila klik disini.