Error message

You need to download the Colorbox plugin and extract the entire contents of the archive into the sites/all/libraries/colorbox folder of your server.

Bahagian Penyiasatan Kebakaran

Direktori

OBJEKTIF

Untuk menentukan dan memastikan perundangan di bawah Akta Perkhidmatan
Bomba 1988 (Akta 341) dan lain-lain akta yang berkaitan dengan jabatan
dipatuhi oleh pemilik-pemilik bangunan/premis dan orang ramai serta
menjalankan siasatan dan pendakwaan terhadap kesalahan yang telah
dilakukan.

 

FUNGSI

  1. Merancang dan merangka dasar penguatkuasaan dan strategi
    perlaksanaan Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341).
  2. Merancang dan merangka dasar Perakuan Bomba ke atas Premis
    di tetapkan.
  3. Merancang dan merangka dasar penyiasatan dan pendakwaan berkenaan
    dengan kesalahan di bawah Akta  Perkhidmatan Bomba 1988.
  4. Merancang dan merangka dasar penyiasatan kebakaran.
  5. Merancang dan merangka peraturan-peraturan yang berkaitan dengan
    perlaksanaan peruntukan di bawah Akta Perkhidmatan Bomba 1988.

 

PIAGAM PELANGGAN

  1. Menjalankan pemeriksaan premis selepas temujanji dan mengeluarkan
    Notis Menghapuskan Bahaya Kebakaran dalam tempoh 7 hari daripada
    tarikh pemeriksaan.
  2. Mengeluarkan Perakuan Bomba dalam tempoh 7 hari setelah kehendak
    kemudahan keselamatan diri, pencegahan kebakaran dan menentang
    kebakaran mencukupi.
  3. Menjalankan siasatan terhadap sebarang aduan salah laku di bawah
    Akta Perkhidmatan Bomba 1988 dalam tempoh 24 jam daripada masa
    aduan diterima dan memberi maklumbalas dalam tempoh 7 hari
    selepas siasatan selesai.
  4. Menjalankan siasatan kebakaran mengenai sebab, punca, dan hal
    keadaan kebakaran dalam tempoh 7 hari selepas kejadian kebakaran.

 

Paparan penuh untuk Piagam Pelanggan sila klik disini.